Tuesday, January 19, 2010

Tips penjimatan petrol

Semenjak aku memiliki sebuah motorkar hasil titik peluh sendiri ini, aku sering melawati website2 berkenaan automotif. Terasa seolah2 berminat pula hal2 berkaitan kenderaan ini. Jika dahulu sewaktu aku undergrade, sebjek engine tidak langsung ku hiraukan dan ku ambil peduli, bahkan bukan aku sahaja malah hampir semua pelajar kejuruteraan mekanik usm seolah2 dibayangi suatu lembaga yg menakutkan apabila berbicara soal subjek engine. Disebabkan kesukaran dan impak2 negatif yg bakal dilalui jika mengambil subjek engine, maka tiada seorg pn dari kami yg mendaftar subjek tersebut. Kini baru ku kesali, kerana tidak mengambil subjek berkenaan. Tiba2 minat yg mendalam berkaitan automotif ini datang setelah aku memiliki sebuah kereta terpakai (more than second hand). Ramai sahabat2 ku berasa hairan bagaimana aku mengumpul wang sehingga mmpu memiliki sebuah kereta walaupun masih bergelar pelajar. kini aku teringat kesah Suatu ketika dahulu seorg rakan ku si "A" pernah menegur sikapku yg berjimat cermat. Ayatnya masih segar diingatanku. "hang nk bli kain kapan emas ker dgn duit ko tu, xperlu la kedekut sangat...bla bla bla" begitu la bunyinya teguran rakanku itu. Namun kini aku telah buktikan aku bukannya kedekut, tapi aku ade misi dan tujuan aku berjimat cermat. Biarlah apa org nk kata asal cara aku xde salah disisi agama dan tdk menyusahkan org lain. Berbalik kpd pokok perbincangan, aku membuat satu kesimpulan setelah aku meneliti website2 berkaitan automatif ini berkenaan cara penjimatan petrol, memandangkan harga minyak yg x menentu, mungkin akan naik lg, minta2 jgn. so dibawah beberapa tips yg boleh diamalkan


Tip jimat petrol
1. Isi minyak petrol or diesel diwaktu malam. Ini kerana waktu malam(sejuk) density petro lebih tinggi berbanding diwaktu panas,jadi jisim petro juga akan bertambah walaupun isipadu(volume) yg sama. selain itu diwaktu panas juga petrol lebih medah meruwap (vaporize) , jadi petrol yg terwap akan terbebas ke udara.
2. Pastikan tangki kereta sentiasa penuh, jangan tunggu sehingga hampir empty bru nk isi. Ini kerana tangki yg tidak penuh terdapat ruang2 kosong yg membolhkan petrol meruwap (sifat petrol mudah meruwap).Jika penuh tiada ruang petrol nk meruwap. Petrol yg terwap tidak dapat dibakar di silinder dan menyebabkan pembakaran yg tidak lengkap. Petro yg sempurnah hanya 40% sahaja ditukarkan kepada tenaga mekanikal (gerakan engine) 60% adalah tenaga haba. Jadi bayangkan lah petrol yg tidak sempurna (bercampur dgn yg teruwap) berapa percent yg ditukarkan kepada tenaga untuk mengerakkan engine.
3. Pastikan memandu pada kelajuan yang serdehana (90-120 km/h). Selebihnya akan meningkatkan penggunaan petrol 2% each next km/h.
4. Pastikan tidak menekan minyak sekiranya anda ingin berhentik. Jangan dh kekat nk berhenti bru lepas minyak then tekan brek. Jika ingin berhenti lepaskan minyak pada jarak yg sesuai, tekan clutch then bila hampir baru brek. (X reti la nk elaborate point ni, paham2 sendiri la ye).
5. Pastikan load yg tidak perlu dikeluarkan. Setiap penambahan berat beban akan menanbahkan penggunaan petrol.
6. Penggunaan alat2 electric seperti radio, lampu, viper, aorcond juga menggunakan petrol. Alternator yg disambung pada tali sawat (belting) membekankan electric pada semua alat tersebut. Jika banyak penggunaan electric maka kuasa kereta akan digunakan untuk menghasilakan tenaga electric, jadi lebih petrol diperlukan untuk mendapatkan kembali kuasa pemandua asal. Jadi off la benda2 yg tidak perlu.
7. Pakai fuel saver, macam2 jenama yg ada sekarang. Based on oil, or magnetic. Pilihla yg mana yg sesuai. Tapi pastikan engine anda tiada problem seperti kebocoran, carburetor problem, angin tidak cukup masuk dlm carburetor (air filter tersumbat), dan lain2 problem engine. Jika engine ade problem seperti dinyatakan, maka effect fuel saver mungkin kurang or tiada effect langsung.
8. Rancang perjalannan. Pastikan kita tdk terlibat dalam kesesakan(jem). Dalam kesesakan kadar pengunaan minyak agak tinggi kerana engine hidup, kete xjalan, tekan minyak then tekan brek.
9. Jika ada tambah boleh la anta kt komen. Sama2 la kita kongsi knowledge, for together benefit.

Tambahan 40 tips lg
1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum

2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)

3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK )

4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan...

5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem

6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau

7. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race
- kejar.. jgn tak kejar

8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu)

9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin

14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)

15. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)

16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog

17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)

18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak

19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah

23. Kurangkan penggunaan air-con,

24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )

25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, kalu tidak banyak asap keluar beb)

26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii)

27. Loweredkan kereta anda

28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan
angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus

31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. masak dibuatnye.

32. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak

33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja.

Penggunaan minyak bergantung kepada

weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....

34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya

35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik. Rujuk [ fcp://@fc.ramunia.com,%2318476420/MailBox/_blank/home.howstuffworks.com/smart-window.htm

]http://home.howstuffworks.com/smart-window.htm

36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat

37. Boleh cuba pakai micro-compressor (www.micro-compressor.com) atau Air Injector (www.air-injector.com)

38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.

39. Perbanyakkan stesen Petronas

3 comments:

  1. Salam bro..
    perkongsian yg bagus ni...tahniah.
    tips2 yg sgt menarik dan bagus.
    terima kasih
    ikhlas dari mufiza

    ReplyDelete
  2. part no 1- kurang benar..

    tambahan- kat air cond panel ade control untuk pengudaraan dalam keta... sila pilih kitar semula udara untuk lebih jimat supaya air cond compressor tak slalu jalan... so kalu slalau guna air cond, ni kira tips nak jimat petrol..

    jangan memecut, pastikan hg naikan kelajuan constantly, ikut mood engine... jangan push engine... steady and slow... confirm consumption kureng..

    servis carb... slalu, tune kasi cantik

    tau apa jenis kenderaan... ader yg lebih jimat kalo jalan jauh, ader yang lebih jimat dalam bandar... kene tau gak rate kete.. under power ke, over power ke..

    paling penting skali, guna teory tap hang tu..... hang tak turbine kat engine hang pastu hang tap masuk jadi energy pi kat elektrik past jalan motor.... hahhahaha

    ReplyDelete
  3. haha donwurry ni macam kenal je ayat dia ni..huhu ni mesti coon..hehe teory aku tu nti aku buat kajian masa master, kalau teory tu berjaya hehe kalah la bill gate nanti..huhu

    ReplyDelete