Jadi apakah sebab anda gagal?? adakah desebabkan persekitaran yang menyebabkan anda gagal. Jika anda menyatakan persekitaran yg menyebabkan anda gagal, maka semua org yg berada dipersekitaran seperti anda juga akan gagal?? sebagai contohnya di universiti, anda mendakwa persekitaran universiti tersebut tidak konduksif, tiada suanana seperti berada di universiti, ini yg menyebabkan anda kurang cemerlang. Jadi adakah semua pelajar di situ jg kurang cemerlang?? Jika jawapannya ia, maka betul la persekitaran lah yg menyebabkan kita gagal. Jika jawapanya tidak, kegagalan berpunca dari diri anda sendiri. Anda sahaja apa yg tahu apakah punya dalam diri anda yg menyebabkn anda kurang cemerlang. Jadi jika ingin berjaya anda perlukan perubahan, kerana anda tidak mampu untuk mengubah persekitaran supaya anda boleh berjaya, tetapi anda mampu berubah sesuai dengan persekitaran supaya anda lebih cermelang. Sebagai seorang mahasiswa sepatutnya anda sudah mempunyai jadi diri yg kuat, dan sikap menunding jari kepada org lain bukan la sikap seorang mahasiswa. Sikap menyalahkan sistem, persekitaran serta orang lain sepatutnya tidak wujud dalam diri mahasiswa. Sebaliknya semua hasil yang anda perolehi atas usaha anda. Jika anda bersungguh2 anda pasti berjaya. Mungkin ada yang bercangah pendapat denganku, dan mungkin pendapat aku salah, jadi marilah sama2 kita berkongsi pendapat supaya kita semua mampu mengapai kejayaan dunia
dan akhirat.